TERMA DAN SYARAT
Kemaskini terakhir pada 30hb April 2025
PELAWAT
Sebagai pelawat di SKOLARI.COM saya bersetuju untuk menggunakan sumber-sumber yang ada tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Segala sumber di SKOLARI.COM adalah hakmilik mutlak SKOLARI.COM;
- Sumber-sumber di SKOLARI.COM adalah percuma untuk kegunaan yang sah;
- Penjualan dan Pembelian sumber adalah tidak dibenarkan;
PENDAFTARAN
Dengan mendaftar, saya bersetuju menyertai SKOLARI.COM sebagai ahli berdaftar tertakluk kepada terma dan syarat sebagai ahli.
Sebelum mendaftar masuk ke dalam SKOLARI.COM, saya telah membaca, memahami dan menyetujui dengan terma-terma dan syarat-syarat yang tertera di dokumen ini.
Sebelum mendaftar masuk ke dalam SKOLARI.COM, saya telah membaca, memahami dan menyetujui dengan terma-terma dan syarat-syarat yang tertera di dokumen ini.
HAK DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTARAN
Sebaik anda berjaya mendaftar diri untuk menyertai SKOLARI.COM, anda akan menerima nama pengguna serta kata laluan daripada SKOLARI.COM melalui e-mel. Nama pengguna serta kata laluan tersebut adalah sulit dan anda harus memastikan bahawa anda tidak akan mendedahkan nama pengguna serta kata laluan tersebut kepada mana-mana pihak ketiga. Nama pengguna serta kata laluan adalah diperlukan apabila berhubungan dengan pentadbiran SKOLARI.COM.
Sila pastikan anda tidak cuba mewakili orang lain. Sekiranya anda mengesyaki berlaku sebarang pewakilan sedemikian, sila laporkan kepada pentadbir SKOLARI.COM serta tukarkan kata laluan anda dengan segera.
Sila pastikan anda tidak cuba mewakili orang lain. Sekiranya anda mengesyaki berlaku sebarang pewakilan sedemikian, sila laporkan kepada pentadbir SKOLARI.COM serta tukarkan kata laluan anda dengan segera.
PERADABAN PENGGUNAAN DAN INTERAKSI
SKOLARI.COM mengizinkan perkongsian maklumat dan maklumbalas untuk kesemua ahli yang berdaftar. Kami mungkin tidak akan mengawasi setiap interaksi melalui SKOLARI.COM, namun kami mengharapkan bahawa pengguna kami tidak akan menerbitkan nama-nama barangan, imej-imej ataupun deskripsi yang berunsurkan kategori-kategori berikut:
- Lucah / menggusarkan / cabul;
- Palsu, mengelirukan ataupun kurang tepat;
- Tidak berkaitan dengan topik;
- Secara terselindung atau terang-terangan menyerang dan/atau mengaibkan mana-mana pihak ketiga;
- Bersifat menghina, menyinggung mana-mana jantina, kaum/etnik, agama, bangsa atau budaya, atau cuba menghasut kebencian yang bersifat perkauman
- Menganjurkan, menggalakkan sebarang aktiviti haram di sisi undang-undang
- Melanggar hakcipta atau cap dagang mana-mana pihak
- Melanggar dan/atau menyalahi mana-mana peraturan atau undng-undang yang sedang berkuatkuasa; dan
- Apa-apa jua penerbitan lain yang kami rasa tidak sesuai/wajar
PERLINDUNGAN DARI KEGIATAN YANG DI LUAR KUASA
Anda dengan ini bersetuju untuk sama-sama melindungi dan sentiasa memastikan SKOLARI.COM, serta pekerja, ejen, pegawai, dan/atau pengarahnya dilindungi pada setiap masa, daripada mana-mana kerugian, dakwaan, desakan, kerosakan, liabililti yang berlaku atau timbul akibat daripada mana-mana tindakan, prosiding, kos, tuntutan, desakan, liabiliti dan apa-apa jua perbelanjaan (termasuklah fi perundangan dan lain-lain serta pembayaran wang) atau dalam apa-apa jua bentuk yang boleh timbul akibat penyertaan anda dalam apa-apa jua aktiviti dalam SKOLARI.COM.
PERUBAHAN KEPADA DASAR INI
SKOLARI.COM boleh mengkaji semula dan mengubah Dasar ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, amalan perniagaan, proses atau struktur kami. Walaupun secara amnya kami mungkin tidak dapat memaklumkan kepada anda tentang perubahan Dasar ini, versi terbaru Dasar ini boleh didapati di laman web SKOLARI.COM. Dasar ini bukan suatu kontrak dan dasar ini juga tidak mencadangkan apa-apa kewajipan pada pihak kami dengan pihak lain.