POLISI PRIVASI
Kemaskini terakhir pada 30hb April 2025
PRIVASI ANDA
SKOLARI.COM komited untuk melindungi privasi anda dan akan mengambil langkah-langkah yang relevan bagi melindungi maklumat peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dasar Perlindungan Data Peribadi (“Dasar”) ini menetapkan cara kami menggunakan dan melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami. Dasar ini hanya terpakai untuk maklumat peribadi yang diproses bagi tujuan transaksi komersial.
PERSETUJUAN ANDA
Apabila anda memberikan maklumat peribadi anda kepada SKOLARI.COM, anda memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda sesuai dengan proses-proses yang nyata seperti pendaftaran, peringatan atau notififkasi dan perhubungan antara SKOLARI.COM dan anda.
PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kecuali kepada pihak-pihak berikut:
  • Penyedia perkhidmatan (termasuk dari luar negara) dan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan tujuan data peribadi dikumpulkan termasuk perkhidmatan pemprosesan data seperti GOOGLE, FACEBOOK dan sebagainya
  • Pelanggan atau pembeli yang berinteraksi dengan anda melalui SKOLARI.COM
Kami tidak mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga bukan sekutu tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami boleh mendedahkan data peribadi anda jika diperlukan oleh undang-undang atau dengan niat yang baik, jika tindakan tersebut perlu untuk mematuhi apa-apa kehendak agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.
AKSES DAN PEMBETULAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Jika anda mahu mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi akaun SKOLARI.COM
PEMADAMAN DATA
Pemadaman data anda akan dibuat secara otomatik jika anda menutup akaun anda. SKOLARI.COM juga menggunakan Aplikasi Login pihak ketiga Google dan Facebook.

Bersesuaian dengan polisi Google dan Facebook, berikut adalah tatacara yang perlu anda ikut untuk memadam data dan aktiviti anda berkaitan dengan SKOLARI.COM.
  1. Layari Akaun Google/Facebook anda ke bahagian “Settings and privacy”. Seterusnya klik “Settings”
  2. Dari menu, cari dan klik “Apps and websites” dan anda akan melihat semua aplikasi dan laman web yang dikaitkan dengan Google/Facebook anda.
  3. Skrol ke SKOLARI,atau cari SKOLARI di kotak carian.
  4. Tekan “Remove” di baris SKOLARI
  5. Maka anda telah berjaya memadamkan aktiviti SKOLARI.COM dari Google/Facebook.
MENGENAI KUKI(COOKIE)
Kuki adalah teks kecil yang mengandungi sedikit maklumat yang dimuat turun dan boleh disimpan pada mana-mana pelayar web atau peranti internet anda (contohnya komputer, telefon pintar atau tablet) yang kemudiannya boleh dibaca oleh pelayan - seperti memori untuk laman web. Ini bererti, kami atau pihakk ketiga (Contoh:Google,Facebook dan pengiklan lain) secara automatik, mengumpul dan menyimpan maklumat berikut mengenai lawatan anda seperti tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  • Domain dan alamat IP dari tempat anda mengakses laman web;
  • Jenis perisian pelayar, konfigurasi dan sistem pengendalian yang digunakan untuk mengakses laman web;
  • Tarikh dan masa anda mengakses laman web;
  • Alamat laman web jika anda memaut ke laman web tersebut dari laman web lain; dan
  • Halaman - halaman di laman web yang dimasuki, lawati dan keluar, kandungan yang dilihat dan tempoh lawatan.
Maklumat penggunaan serta cara membuang kuki boleh didapati di POLISI KUKI.
PERUBAHAN KEPADA DASAR INI
SKOLARI.COM boleh mengkaji semula dan mengubah Dasar ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, amalan perniagaan, proses atau struktur kami. Walaupun secara amnya kami mungkin tidak dapat memaklumkan kepada anda tentang perubahan Dasar ini, versi terbaru Dasar ini boleh didapati di laman web SKOLARI.COM. Dasar ini bukan suatu kontrak dan dasar ini juga tidak mencadangkan apa-apa kewajipan pada pihak kami dengan pihak lain.